Popular Posts

Saturday 7 May 2011

Tanda-tanda seseorang itu menipu

Apabila kita berkomunikasi dengan orang lain, atau melihat orang lain sedang berkomunikasi maka kita dapat mengenalpasti sama ada seseorang itu berkata benar atau sebaliknya.  Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang memerlukan kita lebih berhati-hati agar tidak diperdaya oleh si penipu.
Semakin banyak tanda-tanda di bawah dilakukan, semakin serius dustanya.
(i) Tangan memegang-megang leher dan tengkuk (ataupun tengkuk baju).
(ii) Mata terkelip-kelip lebih laju daripada biasa.
(iii) Bibir terkatup lebih rapat daripada biasa.
(iv) Bercakap dengan ayat yang terputus-putus.
(v) Tercari-cari perkataan. “Urmm… anu… anu…”
(v) Membuat pembetulan pada apa yang tadi dipercakapkannya. (Macam kes
Saifool tersalah sebut tarikh sewaktu bersumpah dalam masjid Kuala
Lumpur).
(vi) Mata tidak mahu memandang orang yang didustai (ataupun tidak mahu memandang tepat pada kamera).
(vii) Menyorokkan tapak tangan.
Kata Puan SiPTS lagi, “Saya juga pakar menangkap penipu (selepas banyak kali terkena tipu,
saya pun bersungguh-sungguh belajar dengan membeli dan membaca
buku-buku tentang tanda-tanda (traits) orang cuba menipu.”.
Semoga maklumat ini berguna bagi kita semua.

Artikel di bawah dipetik dari blog SifuPTS iaitu http://universitipts.com/index.php/site/comments/bisnes_training_dan_showmanship/.

Saturday 19 March 2011

kebebasan internet dan media online

Kebebasan internet dan media online hari ini membuatkan orang ramai begitu asyik mengutarakan apa yang dirasakannya. Di blog,laman web,laman sosial,Twitter,Facebook dan sebagainya menjadi medan luahan hati dan perasaan yang kadangkala tidak bertapis dan memberi kesan.

Sulitkah kandungan yang anda poskan di Facebook? Selamatkah 'tweer' yang anda siarkan di Twitter? Adakah ini dinamakan kebebasan bersuara? Bagaimana pula dengan undang2 yg dikenakan
ke atas kita apabila terdapat isu sensitif yang disiarkan? Persoalan ini tersepit antara moraliti dan undang2.

Terbaharu, permohonan seorang penjawat awam di United Kingdom, Sarah Baskerville untuk tindakan undang2 dikenakan ke atas akhbar popular DAILY MAIL negara itu ditolak atas alasan kandungan yang tersiar di laman Twitter berkenaan adalah tidak sulit memandangkan ianya boleh dibaca umum.

DAILY MAIL dalam kes berkenaan dikatakan menyiarkan siri 'Tweet' oleh Sarah yang menyentuh pelbagai aspek kehidupannya termasuk menyatakan ketua kursus latihan yang dihadirinya adalah 'mental' sehinggakan ke beberapa isu sensitif melibatkan kerajaan. Komen tersebut disiarkan di dalam DAILY MAIL dan akhbar The Independent pada Ahad, November 2010.

Meskipun pertahanan Sarah dalam kes itu menyatakan bahawa pos berkenaan hanyalah ditujukan untuk 700 pengikutnya dan bukan untuk siaran umum., dan pos berkenaan adalah bersifat peribadi, namun apa yang disiarkan Sarah itu dikatakan tidak sulit memandangkan Internet adalah untuk umum.
 Hakikatnya, kes seperti Sarah atau banyak lagi kes2 lain seperti pergaduhan dan hasutan di Facebook, konflik di blog serta khabar angin di laman web adalah sukar untuk dibendung apatah lagi mencari penyelesaian ke atasnya. Belum ada undang2 Internet yang digubal dan boleh dilaksanakan di seluruh negara tentang perkara ini. Pengawalan terhadap hal ini yang kita ada setakat ini hanyalah undang2 dalam negara yang digunakan untuk beberapa kes atau isu. Begitu juga di negara2 lain.
 Jika kes seperti Sarah ini terlalu berat, ambil pendekatan mudah tentang bahayanya pos kita di internet dengan mengambil kira keselamatan dan privasi diri kita sendiri. Setiap apa yg anda poskan di talian, boleh diguna, dicuri, disalah tafsir dan dimanipulasikan orang lain tanpa disedari.
 Luahan anda pada palform yang anda rasakan privasi, boleh digunakan semula orang lain untuk mendatangkan kesan negatif pada anda. Salah faham, pergaduhan, khabar angin, gosip dan banyak lagi boleh terjadi dengan mengambil 'quote' atau kata2 yang anda poskan di talian sebagai bukti.
 Tindakan paling bijak apabila membicarakan tentang dunia IT hari ini ialah menyiarkan sesuatu yg mampu dikawal. Ia tidak menyekat anda bersuara, tetapi sebaliknya adalah lebih baik mendapatkan platform yg sesuai utk menyalurkan atau menyuarakan pendapat.
 Sepertimana pantasnya dunia talian berkembang, begitu juga pantasnya kata2 anda tersebar. Khayalak internet terlalu luas utk anda membezakan yg palsu dengan yg benar. Sebagai pengguna kita seharusnya menggunakan pendekatan terbaik buat diri kita dan berfikir dahulu sebelum bertindak.

Thursday 17 March 2011

Prosa Tradisional-Hikayat Langlang Buana

Sinopsis
Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang pengasuhnya pergi ke taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak mengetahui bahawa semasa dia bersiram, dia telah diperhatikan oleh Raja Indera Bumaya yang bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera Bumaya telah bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok kemunting dan mengeluarkan bunyi yang sangat merdu. Bunyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri telah mengarahkan dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak berjaya. Apabila kesemua dayang gagal menangkap burung bayan itu, dayang mencadangkan Tuan Puteri menangkap burung bayan itu sendiri. Tiba-tiba burung bayan terbang dan hinggap pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asal-usul bayan. Bayan menceritakan dia berasal dari Negeri Lela Gambar dan mempunyai tuan yang bernama Raja Indera Bumaya. Bayan bercerita tentang kehebatan tuannya yang menyebabkan Tuan Puteri ingin sekali bertemu dengan tuannya itu. Bayan akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera Bumaya dan akhirnya mereka saling berkasihan. Berita tentang adanya suara lelaki di istana Tuan Puteri telah menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum Dewa menjadi murka. Baginda telah mengarahkan 40 orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan bimbang akan keselamatan Raja Indera Bumaya. Namun Raja Indera Bumaya berjaya menewaskan angkatan serangan Raja Bahrum Dewa dengan bantuan 4 orang hulubalang yang dijelmakan daripada batu geliga. Raja Bahrum Dewa sangat murka dengan kekalahan tersebut lalu mengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera Bumaya sekali lagi. Kali ini Raja Indera Bumaya dibantu oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang dahsyat.

Tema
Percintaan anak rajaRaja Indera Bumaya sanggup menukarkan dirinya menjadi bayan semata-mata untuk menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak sanggup kehilangan Raja Indera Bumaya.
Persoalan
1. Persoalan Keberanian Menghadapi Cabaran. Raja Indera Bumaya Tidak Gentar Untuk Menentang Hulubalang Raja Bahrum .
2. Persoalan Kebijaksanaan Mencari Peluang. Raja Indera Bumaya Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Burung Bayan Agar Dapat Menghampiri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

WATAK PERWATAKAN
1. Raja Indera Bumaya
Anak raja dari Negeri Lela Gambar
Bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelmakan dirinya sebagai burung bayan agar dia dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
Berani. Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dalam istananya memadu kasih.
Mempunyai kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik) matanya daripada intan, bulunya daripada pusparagam dan kakinya daripada emas.
Gagah perkasa. Raja Indera Bumaya tidak dapat ditangkap oleh hulubalang yang mengepungnya .
Baik budi bahasa. Dia memuji-muji keelokkan paras rupa Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
2. Tuan Puteri Mandu Ratna DewiPuteri Raja Bahrum Dewa
Periang. Tuan puteri suka bergurau senda.
Seorang yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona dengan kecantikan Tuan Puteri ketika berbedak dan berlangir
Suka akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita apabila mendapat burung Bayan
Sangat mencintai kekasihnya.. Tuan Puteri tidak sanggup hidup lagi jika Raja Indera Bumaya mati.
3. Raja Bahrum DewaSeorang raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar berada bersama-sama puterinya.
Pemarah. Baginda mengarahkan hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya yang memadu kasih dengan anakandanya sehingga mencetuskan kemarahannya.
Mengambil berat akan anakandanya. Baginda menganggap perbuatan Tuan Puteri Ratna Dewi yang memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya sebagai celaka dan memalukan baginda.

Latar Masa
1. Waktu malam. Tuan Puteri bergurau senda dengan dayang-dayang inang pengasuhnya. Bayan dikeluarkan dari sangkar emas.
2. Waktu pagi . Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berbedak dan berlangir
Latar Tempat
1. Kolam tempat Tuan Puteri mandi
2. Mahligai tempat didengar suara Tuan Puteri bersama suara laki-laki tertawa.
3. Luar kota. Raja-raja dan menteri hulubalang mengepung Raja Indera Bumaya.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
2. Masyarakat saling mengasihi. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat mengasihi Raja Indera Bumaya dan begitulah sebaliknya.
 Masyarakat yang tidak bertolak ansur. Raja Bahrum Dewa amat marah kepada Raja Indera Bumaya yang berkasih-kasihan dengan Puterinya.
Nilai
1. Nilai keberanian
Raja Indera Bumaya berani menghadapi serangan daripada Raja Bahrum Dewa.
2. Kasih sayang
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi amat menyayangi Raja Indera Bumaya sehingga sanggup mati bersama-samanya.
3. Nilai bekerjasama
Rakyat bekerjasama dengan hulubalang menyerang Raja Indera Bumaya.
4. Nilai kebijaksanaan
Raja Indera menukarkan dirinya menjadi bayan untuk memikat hati tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
5. Nilai ketaatan
Jin-jin mematuhi arahan Raja Indera Bumaya berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berani menghadapi apa-apa rintangan..Raja Indera Bumaya sanggup melakukan apa sahaja demi mendekati Tuan Puteri .
2. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua. Empat ribu jin telah berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa setelah diarahkan Raja Indera Bumaya.
3. Kita hendaklah menggunakan akal dengan bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelma sebagai burung agar dapat memerhatikan gerak geri Tuan Puteri.